ISTANBUL, 7 Feb (Bernama-Anadolu) -- Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 magnitud melanda Kepulauan Tanimbar di wilayah Maluku, Indonesia pada awal pagi Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gempa bumi itu berlaku di Pulau Tanimbar pada 6.20 pagi (2120 GMT Jumaat) dengan kedalaman 27 kilometer, menurut USGS.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan.
-- BERNAMA-ANADOLU
