AM

DEWAN RAKYAT LULUS USUL TITAH DIRAJA

10/02/2026 06:54 PM

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja selepas semua kementerian dan Jabatan Perdana Menteri selesai menggulung perbahasan masing-masing.

Usul itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju setelah dibahaskan mulai 20 Jan, disusuli sesi penggulungan daripada kementerian bermula 4 Feb.

Antara isu dibangkitkan dalam sesi perbahasan ialah usaha kerajaan membanteras rasuah secara lebih holistik dan komprehensif, pelaksanaan dasar kerja fleksibel serta pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

Pada 19 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Menurut takwim Dewan Rakyat, persidangan akan diteruskan dengan sesi pembentangan Rang Undang-Undang dan urusan kerajaan yang lain.

Persidangan bersambung esok.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan