AM

CUACA PANAS: LIMA KAWASAN DI KEDAH PADA TAHAP BERJAGA-JAGA - METMALAYSIA

11/02/2026 09:43 AM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Situasi cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapat lima kawasan di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap Satu).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terbabit ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

"Tahap berjaga-jaga: Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," menurut jabatan itu menerusi hantaran Facebook hari ini.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan