AM

RIBUT PETIR DIRAMAL LANDA SABAH, SARAWAK HINGGA 7 MALAM INI

10/02/2026 03:28 PM

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.

Menerusi amaran dikeluarkan pada 2.25 petang, kawasan di Sabah yang terlibat ialah bahagian Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau serta Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

MetMalaysia juga menjangkakan cuaca sama melanda Limbang, Sarawak. 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan