KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur pada Isnin.
Pada 9.21 pagi, kontrak Februari 2026 naik 0.5 mata kepada 1,740.50 manakala Mac 2026 berkurangan 1.5 mata kepada 1,719.0 serta Jun dan September 2026, masing-masing mendatar pada 1,724.0 dan 1,712.0.
Jumlah dagangan sebanyak 605 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,440 kontrak.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.99 mata kepada 1,738.55 selepas 38 minit dagangan daripada 1,739.54 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
