ISTANBUL, 16 Feb (Bernama-Anadolu) -- Platform media sosial X mengalami gangguan pada Isnin, menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia, menurut penjejak gangguan Downdetector, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bermula 1315 GMT, lebih 40,000 pengguna melaporkan masalah untuk mengakses X.
Kira-kira 53 peratus aduan berkaitan aplikasi, 21 peratus berkaitan paparan “feed” dan garis masa, manakala 16 peratus melibatkan laman web.
Downdetector mengumpul data berdasarkan laporan yang dihantar pengguna, bermakna jumlah sebenar pengguna yang terjejas mungkin lebih tinggi.
-- BERNAMA-ANADOLU
