ISTANBUL, 16 Feb (Bernama-Anadolu) -- Bintang Dallas Mavericks Kyrie Irving memakai baju tertera perkataan “PRESS” sebagai tanda sokongan kepada wartawan yang terkorban di Gaza pada perlawanan NBA All-Star pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Didedikasikan kepada wartawan kesayangan kami di Gaza yang menunjukkan kebenaran kepada dunia,” menurut mesej pada tanda yang tertera pada baju berkenaan.
Pemain berusia 33 tahun itu, yang sebelum ini mencuri perhatian kerana menyatakan sokongan terhadap Gaza dan Palestin, turut memakai keffiyeh pada sidang media bagi menarik perhatian terhadap genosid di Gaza.
-- BERNAMA-ANADOLU
