AM

TUJUH KAWASAN DI SEMENANJUNG ALAMI CUACA PANAS SEKURANG-KURANGNYA TIGA HARI

25/02/2026 12:04 AM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia. 

Hantaran di Facebook MetMalaysia memaklumkan bahawa antara kawasan yang terlibat ialah Perlis manakala enam lagi di Kedah iaitu daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu. 

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa suhu maksimum harian di kawasan berkenaan dijangka mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan