AM

RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIJANGKA LANDA KL, PUTRAJAYA, SEMBILAN NEGERI HINGGA 5 PETANG

25/02/2026 04:12 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan sembilan negeri hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran dikeluarkan pada 2.30 petang memaklumkan cuaca itu dijangka berlaku di Kedah melibatkan Bandar Baharu serta beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh, manakala di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta Melaka.

Bagi Johor, kawasan terlibat ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak pula, amaran sama melibatkan Limbang (Lawas), manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan