KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi sedikit rendah, dipengaruhi tekanan jualan dalam kalangan kaunter wajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sektor utiliti, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.54 mata kepada 1,753.47 berbanding 1,754.01 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.35 mata lebih tinggi pada 1,755.36 dan bergerak dalam julat 1,746.04 hingga 1,755.36 sepanjang sesi dagangan.
Di pasaran menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 485 berbanding 434, manakala 493 kaunter tidak berubah, 1,357 tidak diniagakan dan 116 digantung.
Jumlah dagangan mencecah 1.33 bilion saham bernilai RM1.1 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pasaran tempatan akan kembali positif susulan pemulihan semalaman di Wall Street.
“Minat belian dijangka meluas hingga ke sektor sarung tangan berikutan keputusan memberangsangkan Hartalega Holdings Bhd dan Kossan Rubber Industries Bhd.
“Selain itu, gangguan bekalan serantau serta cabaran operasi yang semakin meningkat dihadapi pengeluar sarung tangan China turut dijangka memberi pemangkin jangka pendek kepada pemain domestik,” menurut nota penyelidikan itu.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM12.38, Public Bank naik satu sen kepada RM5.10 dan CIMB Group meningkat tujuh sen kepada RM8.51. Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM14.12 manakala IHH Healthcare susut enam sen kepada RM9.02.
Sementara itu, kaunter paling aktif, Teamstar turun tiga sen kepada 23 sen, Zetrix AI susut setengah sen kepada 80.5 sen dan Astro Malaysia berkurang satu sen kepada lapan sen. Tanco naik satu sen kepada RM1.51 manakala Bina Puri tidak berubah pada 29.5 sen.
Bagi kaunter paling untung, Malaysian Pacific Industries meningkat 46 sen kepada RM31.68, Petronas Dagangan naik 44 sen kepada RM21.84 dan Sunway Construction menambah 31 sen kepada RM6.90. United Plantations meningkat 28 sen kepada RM29.90 manakala Hong Leong Financial naik 18 sen kepada RM22.00.
Nestle mendahului kaunter rugi selepas susut RM1.80 kepada RM109.20, diikuti Petronas Gas yang turun 90 sen kepada RM17.70 dan Kuala Lumpur Kepong berkurang 32 sen kepada RM19.28. Globaltec merosot 30 sen kepada 70 sen dan Gas Malaysia susut 16 sen kepada RM4.59.
Di papan indeks, Indeks FBMT100 merosot 5.27 mata kepada 12,669.63, Indeks FBM Emas turun 5.65 mata kepada 12,846.12 dan Indeks FBM70 susut 13.43 mata kepada 17,735.29. Indeks FBM Emas Shariah berkurang 18.08 mata kepada 12,328.82 manakala Indeks FBM ACE turun 0.80 mata kepada 4,811.33.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 40.25 mata kepada 21,754.55, Indeks Perladangan susut 6.85 mata kepada 8,387.22 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.75 mata kepada 174.36.
Indeks Tenaga pula turun 0.59 mata kepada 766.35.
-- BERNAMA
