PARIS, 25 Feb (Bernama-dpa) -- Pengarah Muzium Louvre yang terkenal di Paris meletak jawatan pada Selasa susulan kejadian rompakan pada Oktober 2025 yang mengakibatkan kecurian barang kemas bernilai kira-kira €88 juta (US$102 juta), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Istana Elysee, kediaman rasmi dan pejabat Presiden Perancis Emmanuel Macron, memaklumkan bahawa pengarah berkenaan, Laurence des Cars, mengemukakan peletakan jawatannya dan Macron menerima keputusan itu.
Rompakan berprofil tinggi itu berlaku pada waktu siang pada pagi Ahad.
Barang kemas yang dicuri mempunyai “nilai budaya dan sejarah yang tidak ternilai” melebihi nilai pasaran, menurut kementerian kebudayaan dan dalam negeri Perancis ketika kejadian itu.
-- BERNAMA-dpa
