AM

MOHD HADZMIR DILANTIK KETUA PENGARAH LLM BAHARU

27/02/2026 03:51 PM

PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Hadzmir Yusoff sebagai Ketua Pengarah yang baharu, berkuat kuasa pada 11 Feb lepas.

Pelantikan itu susulan persaraan wajib Ketua Pengarah LLM terdahulu, iaitu Datuk Sazali Harun.

LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pelantikan itu bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan peranan LLM sebagai badan pengawal selia industri lebuh raya bertol negara, selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan aspirasi Malaysia MADANI.

“LLM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sazali atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga persaraan,” menurut LLM.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan