KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi oleh kelembapan dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidakpastian berterusan mengenai rundingan nuklear antara AS dan Iran.
Dilaporkan pegawai AS dan Iran bertemu di Geneva, Switzerland, semalam untuk pusingan ketiga rundingan nuklear tidak langsung, tetapi perbincangan itu berakhir tanpa sebarang persetujuan. Satu lagi pusingan rundingan dijadualkan diadakan di Vienna minggu hadapan.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 menurun kepada US$5,174.10 setiap auns troy daripada US$5,183.80 semalam.
Kontrak Mac merosot kepada US$5,200.30 setiap auns troy daripada US$5,202.80 pada Khamis, manakala kontrak April dan Mei masing-masing menyusut kepada US$5,218.50 setiap auns troy daripada US$5,221.00.
Kontrak Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih rendah kepada US$5,252.40 setiap auns troy daripada US$5,254.90 sebelumnya.
Jumlah dagangan susut kepada tujuh lot daripada sembilan lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 116 kontrak daripada 86 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$5,167.35 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 26 Feb, 2026.
-- BERNAMA
