DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI DITUTUP TINGGI

10/03/2026 07:36 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 menambah 42 mata kepada 1,681.5, April 2026 meningkat 40 mata kepada 1,682.0, Jun 2026 naik 39.5 mata kepada 1,680.5 dan September 2026 menokok 40.5 mata kepada 1,662.5.

Jumlah dagangan menurun kepada 9,388 lot daripada 13,987 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 43,191 kontrak daripada 49,323 kontrak sebelum ini. 

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 27.51 mata kepada 1,701.68 daripada 1,674.17 semasa ditutup semalam. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan