AM

PROGRAM IFTAR PERDANA UNISZA PERKASA KEBAJIKAN PELAJAR ASNAF

11/03/2026 12:19 PM

KUALA NERUS, 11 Mac (Bernama) -- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengumpul sebanyak RM713,975.48 sumbangan daripada pelbagai agensi, institusi kewangan dan orang perseorangan menerusi Majlis Iftar Perdana, malam tadi.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata sumbangan tersebut akan dimanfaatkan untuk kebajikan pelajar khususnya asnaf fakir dan miskin.

Beliau berkata sumbangan berkenaan bukan sahaja membantu meringankan beban pelajar, malah memberi peluang kepada mereka meneruskan pengajian secara lebih selesa.

"UniSZA amat menghargai komitmen ditunjukkan semua pihak termasuk syarikat korporat, perbankan dan agensi dalam menyokong pembangunan dan kebajikan pelajar.

"Sebahagian daripada sumbangan ini juga akan dimanfaatkan untuk memperkasakan pembangunan keusahawanan serta kemudahan pembelajaran pelajar di UniSZA," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan