JENAYAH & MAHKAMAH

TIGA PREMIS KEDAI DI PULAU PERHENTIAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

26/03/2026 08:14 PM

JERTIH, 26 Mac (Bernama) -- Tiga premis kedai yang terletak berhampiran sebuah resort di Pulau Perhentian dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.25 pagi.

“Kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah premis perniagaan milik seorang peniaga tempatan sebelum merebak ke dua kedai perkhidmatan selam snorkel dan kedai runcit.

“Siasatan awal mendapati kesemua premis yang dibina daripada struktur kayu di tepi pantai itu musnah sepenuhnya, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan.

-- BERNAMA 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan