KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Nippon Paint menampilkan ‘Sistem Anti-Efflorescence’ dengan jaminan dapat mengatasi masalah tompok, kulapuk dan debu bagi memastikan proses mengecat lebih kemas, optimum serta amat serasi antara lapisan cat asas dengan kemasan salutan.
Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia Tay Sze Tuck berkata sistem yang pertama seumpama di rantau ini, menggabungkan bahan dan teknologi khas termasuk sifat tidak menyerap hidrofobia dan teknologi kuarza yang terbukti berkesan mencegah tompok, kulapuk dan kemunculan debu (pada dinding).
Sifat hidrofobia
Kebolehubahan bentuk dan fleksibiliti
Teknologi kuartza
Teknologi Microblock
Teknologi Pelindung Matahari
Teknologi Penjagaan Warna
Tay berkata efflorescence berlaku apabila garam galian yang wujud dalam dinding bergerak ke permukaan dinding, lazimnya akibat lembapan meresap menerusi rekanan atau permukaan yang telap air, meninggalkan kesan berdebu seakan kapur dan tompok keputihan yang kelihatan pada permukaan luar dinding selepas air tersejat.
“Keadaan ini sering berlaku dalam keadaan cuaca Malaysia disebabkan bahang panas serta hujan lebat. Pembentukan efflorescence lazimnya berlaku antara dua atau tiga bulan selepas pembinaan.
“Ia menyebabkan bangunan baharu tampak usang, menjejaskan nilai projek baharu, mencetuskan keadaan bakal pembeli dan penghuni hilang keyakinan membeli hartanah perumahan selain aduan daripada pemilik hartanah," katanya.
Tay berkata efflorescence berlaku disebabkan kurangnya penyelidikan terhadap sistem keserasian bahan binaan, penggunaan dan aplikasi produk yang tidak sempurna, diburukkan lagi dengan kekurangan kesedaran dan pengetahuan mengenai perkara itu di pasaran.
“Dengan mengenal pasti jurang ini dalam industri pembinaan, Nippon Paint menyasarkan untuk melakukan inovasi dalam segmen ini dan mendidik pasaran mengenai Sistem Anti-Efflorescence,” katanya.
Berikutan itu, Tay berkata syarikat giat melaksanakan penyelidikan dan pembangunan terhadap Sistem Anti-Efflorescence bagi mengesahkan kualiti dan keberkesanannya.
"Ketika fasa ujian, kami merawat pelbagai permukaan untuk tempoh 90 hari dan mendapati permukaan yang dirawat menggunakan sistem ini kekal bebas daripada tompok kapur putih manakala permukaan tidak dirawat mempamerkan kesan kapur yang ketara.
“Dengan menangani isu seperti warna pudar, penyerapan air dan rekahan halus, sistem ini memastikan perlindungan berkekalan dan kemasan luar biasa, menyerlahkan kualiti keseluruhan projek pembinaan," katanya sambil menambah syarikat itu juga muncul yang pertama di rantau ini menyediakan jaminan terhadap efflorescence menggunakan teknologi terkini hidrofobia.
Beliau juga merasakan Sistem Anti-Efflorescence Nippon Paint menjadi pelaburan yang berbaloi untuk industri pembinaan disebabkan pendekatan menyeluruh dalam menangani pelbagai isu biasa seperti tompok, mengelupas, retak dan kulapuk pada permukaan yang dicat.
Dibangunkan dengan kerjasama CMI Construction Material Industry Sdn Bhd (CMI) dan disokong oleh ujian keserasian menyeluruh, ia memastikan aplikasi yang kemas dan optimum pada semua lapisan daripada mengikat bata sehingga kemasan lapisan cat terakhir.
"Sifatnya yang serba boleh menjadikan cat ini sesuai untuk pelbagai permukaan sama ada batu bata, batu blok dan dinding konkrit.
“Komitmen terhadap kecemerlangan dan kelasakan menyerlahkan lagi kepentingan sistem ini dalam mengekalkan keutuhan dan estetika struktur untuk jangka panjang," katanya.
-- BERNAMA
(Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.)
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial