AM > BERITA

ExKIP12 Tawar Lebih 600 Peluang Pekerjaan Dan Penempatan Latihan Industri

24/09/2024 10:52 PM

IPOH, 24 Sept (Bernama) -- Kursus yang ditawarkan oleh politeknik perlu sentiasa relevan, inovatif, dan futuristik, sejajar dengan kehendak industri yang kian dinamik kata Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail.

Mohd Zahari berkata penggunaan teknologi terkini seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) dalam proses pembelajaran dan latihan bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan.

“Saya penuh yakin dengan kerjasama erat antara politeknik dan industri, kita mampu melahirkan graduan yang bukan sahaja menguasai ilmu akademik tetapi juga kemahiran teknikal dan vokasional yang unggul,” katanya ketika berucap pada perasmian Ekspo Kerjaya Industri Politeknik (ExKIP12) di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), di Behrang, kira-kira 118 kilometer (km), dari sini hari ini.

Katanya, sebanyak 20 buah syarikat dan agensi daripada pelbagai industri telah menawarkan lebih 600 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri pada ExKIP12 dua hari itu.

Penganjuran program kali ini merupakan hasil kerjasama strategik antara PSAS melalui Pusat Industri Korporat dan Kebolehpasaran (CISEC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perak.

-- BERNAMA 


 
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan