AM > BERITA

Lubang Benam Sedalam Satu Meter Di Kompleks Bunga Raya KLIA Disyaki Akibat Kebocoran Paip Kumbahan

25/09/2024 03:32 PM

PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) -- Lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disyaki berpunca dari kebocoran paip kumbahan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan lubang mendap itu dikesan hari ini pukul 10 pagi tadi.

KKR menyatakan laluan berkenaan boleh dilalui oleh semua kenderaan, namun Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dilaksanakan oleh Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) di kawasan itu.

Tindakan yang diambil termasuk pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan TMP oleh MAHB dan laporan terperinci akan dikeluarkan oleh MAHB setelah selesai siasatan dibuat, mengikut KKR.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh MAHB.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan