AM > BERITA

Penyanyi Veteran Khadijah Ibrahim Terbabit Kemalangan Di Beaufort

30/09/2024 10:12 PM

BEAUFORT, 30 Sept (Bernama) -- Penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim, 64, cedera akibat kemalangan jalan raya di Jalan Kinamas di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan terbabit, namun keadaan penyanyi itu dilaporkan baik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata lima mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dapat keluar sendiri dari kenderaan masing-masing.

 Sebanyak 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort tiba di tempat kejadian pada 5.34 petang untuk membantu mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 petang.

“Dua mangsa dalam kenderaan MPV dan tiga dalam pacuan empat roda telah dihantar ke hospital oleh orang awam. 

“Tindakan pasukan bomba hanya mengambil maklumat dan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan