AM > BERITA

Malaysia Pertama Kali Sertai Festival Filem Antarabangsa Dili

03/10/2024 12:09 AM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia buat julung kali menyertai Festival Filem Antarabangsa Dili (DIFF) melalui tayangan filem “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa” di Platinum Cineplex di Timor Plaza, Dili, Timor-Leste. 

Kedutaan Besar Malaysia di Timor-Leste dalam kenyataan hari ini memaklumkan kira-kira 200 penonton terdiri daripada anggota pertahanan dan pasukan polis (F-FDTL dan PNTL), penjawat awam Timor-Leste, penggiat filem muda, pelajar, anggota kor diplomatik, rakan-rakan dan pelbagai alumni Malaysia hadir menyaksikan filem arahan bersama Zulkarnain Azhar dan Frank See itu.

“Dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kedutaan Besar Malaysia di Timor-Leste berbangga dapat menyertai DIFF sebuah acara yang dinaungi Presiden Timor Leste Dr. Jose Ramos-Horta.

“DIFF kini telah memasuki edisi keenam dan tahun ini ia berlangsung dari 26 Sept hingga 12 Okt. Selain tayangan filem dari pelbagai negara, festival ini juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda,” menurut kenyataan itu. 

Filem aksi ketenteraan Malaysia terbitan 2022 berdurasi 105 minit itu mengisahkan operasi khas yang dilancarkan oleh Pasukan Khas Udara (PASKAU) di sebuah negara fiksyen Namburi yang dilanda peperangan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan