AM > BERITA

Inisiatif Tubuh Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan Diperhalusi - Mohamad

03/10/2024 05:53 PM

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Penubuhan Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara bagi memudahcara pembangunan, pengurusan dan pemantauan data merupakan antara inisiatif keterjaminan makanan yang sedang diperhalusi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara hari ini.

Beliau berkata inisiatif lain termasuk memperkasakan industri akuakultur menerusi pembangunan kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi memenuhi peningkatan permintaan domestik dan menggalakkan eksport melalui naik taraf infrastruktur serta galakan pelaburan.

Selain itu turut dicadangkan pembangunan industri ruminan negara melalui Pemerkasaan Program Pembangunan Ruminan bagi mencapai Kadar Sara Diri (SSR) 25 peratus bagi daging lembu dan kerbau menjelang 2030.

Mesyuarat itu turut memperhalusi inisiatif mengukuhkan pengurusan kerintangan antimikrob (AMR) melalui penambahbaikan polisi dan garis panduan pelepasan efluen bagi sektor pertanian, ternakan dan akuakultur serta pelaksanaan penyelidikan berterusan berhubung impak dan mitigasi bahan cemar AMR.

Mohamad berkata pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) amat penting bagi memantapkan aspek keterjaminan makanan dalam berhadapan dengan persekitaran yang sentiasa berubah, tidak menentu, rumit dan samar (VUCA).

Justeru beliau berkata saranan konstruktif yang diketengahkan dalam mesyuarat itu akan ditambah baik sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara kelak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan