BAYI PEREMPUAN CEDERA, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

03/10/2024 08:55 PM

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang bayi perempuan berusia dua bulan berada dalam keadaan lemah dan cedera ketika diambil oleh ibunya dari rumah pengasuh pada 4 Sept lepas. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata laporan telah dibuat oleh ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri pada kira-kira 1.30 pagi, keesokannya.

Beliau berkata susulan itu, bayi tersebut telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan hasil mesin imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman di kepala. 

“Bayi itu masih dirawat di hospital. Bagaimanapun, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kumarasan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001. 

Beliau berkata sebarang maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau ke pusat kawalan daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline di 07-5114222. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan