AM > BERITA

468 Mangsa Banjir Masih Berlindung Di PPS

22/10/2024 08:38 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sebanyak 468 mangsa banjir daripada 127 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur, setakat 8 malam ini.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 286 orang daripada 78 keluarga ditempatkan di empat PPS di daerah Hilir Perak, Kerian dan Perak Tengah di PERAK manakala 116 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di dua PPS yang beroperasi di Betong dan Kuching di SARAWAK.

Di SELANGOR, 61 orang daripada 19 keluarga berlindung di dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam manakala PPS yang beroperasi di Sentul di sini menempatkan lima sekeluarga. 

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan paras air di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar, KEDAH mencatatkan bacaan tahap bahaya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan