AM > BERITA

JKKN Komited Tarik Minat Golongan Muda Sertai Persembahan Kebudayaan

26/10/2024 12:04 PM

KANGAR, 26 Okt (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sentiasa komited untuk menarik minat golongan muda sertai persembahan kebudayaan, termasuk teater supaya mereka menghargai dan mencintai seni budaya negara ini.

“Kita akan berusaha bukan sahaja pementasan teater tetapi juga persembahan-persembahan kebudayaan lain, dan akan melahirkan generasi baharu yang menghargai dan mencintai seni budaya kita,” kata Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya JKKN Salmiyah Ahmad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pementasan teater Asy Asyura karya Tan Sri Johan Jaafar di Auditorium Kompleks JKKN Perlis di sini malam tadi. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad dan Pengarah JKKN Perlis Norazlin Nordin.

Salmiyah berkata JKKN sememangnya ingin menyemarakkan persembahan teater di seluruh negara, dan semua JKKN negeri berjaya mencapai objektif yang dimahukan pihaknya itu.

Sementara itu, beliau mengakui sangat berpuas hati dengan penganjuran teater Asy Asyura dan mengucapkan tahniah kepada JKKN Perlis, kerajaan negeri Perlis selain pihak badan bukan kerajaan (NGO), majlis kebudayaan serta semua pihak yang memberikan kerjasama menjayakan pementasan teater berkenaan.

Pementasan teater Asy Asyura yang berlangsung pada 25 Okt dan 26 Okt itu adalah anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Perlis dengan kerjasama JKKN Perlis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan