LABUAN, 5 Nov (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Pameran Kraf Tangan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada, sempena lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan.
Seri Paduka Baginda diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Noridah Abdul Rahim dan Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman.
Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa hampir satu jam melawat pameran yang memaparkan koleksi kraf tradisional mewakili masyarakat pelbagai etnik Labuan termasuk Kedayan, Melayu-Brunei dan Kadazan-Dusun.
Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa berinteraksi bersama wakil masyarakat Kedayan yang merupakan majoriti di kawasan Labuan.
Kunjungan Raja Permaisuri Agong ke pameran kraftangan itu menunjukkan komitmen dalam memartabatkan seni dan kraf tradisional Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial