AM > BERITA

KPDN Rampas Hampir 10 Tan Gula Pasir, 2.07 Tan Minyak Masak Peket

13/11/2024 12:19 AM

KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah merampas lebih 11 tan barang kawalan bersubsidi yang dipercayai cuba diselewengkan di sebuah premis di Kampung Stungkor, Lundu, kira-kira 54 kilometer dari sini, semalam.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata rampasan tersebut melibatkan 9,864 kilogram (kg) gula pasir kasar dan 2,078kg minyak masak yang dianggarkan bernilai RM33,307.40.

Katanya operasi penguatkuasaan itu dijalankan oleh lima pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak selepas risikan selama dua minggu serta maklumat orang awam mengenai penyalahgunaan barang kawalan di premis berkenaan.

“Seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis tersebut ditahan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di lokasi yang tidak berlesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya rampasan ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk mengekang penyelewengan barang kawalan bersubsidi di Sarawak. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan