KUCHING, 14 Nov (Bernama) -- Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak menyasarkan peningkatan pembangunan ternakan ruminan di negeri itu bagi memenuhi permintaan daging tempatan.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata negeri itu telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL) daging lembu sedia ada dari 15 peratus kepada 25 peratus pada 2030.
Abdul Rahman berkata untuk mencapai sasaran ini, populasi ternakan ruminan perlu ditingkatkan kepada 80,000 ekor.
“Populasi ternakan ruminan setakat tahun 2024 adalah dalam lingkungan 35,000 ekor berbanding 32,000 ekor pada tahun 2023.
“Peningkatan sebanyak 3,000 ekor ini telah memberikan dorongan kepada kementerian saya untuk terus memantapkan usaha bagi membangunkan industri ternakan ruminan, termasuk menggalakkan penyertaan pihak swasta bagi penternakan ruminan berskala komersial dan moden,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Miro Simuh (GPS-Serembu) yang ingin tahu perancangan kementerian itu dalam pembangunan ternakan ruminan di Sarawak, contohnya seperti rangka tindakan dalam merancakkan lagi industri ternakan.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Rundi berkata sejumlah RM40 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program untuk ternakan ruminan yang selaras dengan pelan tindakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) negeri itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial