KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Insentif potongan cukai akan diberikan kepada penaja yang memberikan wang tunai sebagai tajaan bagi penganjuran Mesyuarat Tahunan Global Harmonization Working Party (GHWP) kali ke-28 dan International Medical Device Exhibition and Conference 2024 (IMDEC 2024) yang akan berlangsung pada 9 hingga 12 Dis ini.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dalam kenyataan memaklumkan insentif disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 oleh kerajaan itu adalah potongan cukai pendapatan 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi maksud pengiraan cukai pendapatan mulai 1 Sept hingga 12 Dis 2024.
Kenyataan itu menyebut jumlah keseluruhan sumbangan dihadkan kepada RM800,000 sahaja.
Menurut MDA, Kementerian Kewangan telah meluluskan Mesyuarat Tahunan GHWP dan IMDEC 2024 sebagai satu projek berkepentingan nasional.
“Pembayar cukai yang memberikan tajaan dinasihatkan supaya menyimpan rekod transaksi sebagai bukti dan sila pastikan resit atau dokumen disimpan dengan rapi untuk dijadikan rujukan semasa membuat tuntutan pengiraan cukai pendapatan dan semakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” menurut kenyataan itu.
Orang ramai juga dinasihatkan berhubung terus dengan MDA sebelum membuat sebarang sumbangan bagi mengelakkan penipuan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi urus setia Mesyuarat Tahunan GHWP kali ke-28 dan IMDEC 2024 menerusi talian 014-3137337 atau e-mel norfazlin@mda.gov.my dan nursyafinaz@mda.gov.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial