PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport aktif yang hilang atau rosak semasa banjir secara percuma.
JIM menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan mangsa banjir yang mempunyai pasport dengan tempoh sah laku tidak kurang enam bulan dan memerlukan penggantian boleh membuat permohonan di mana-mana pejabat JIM berdekatan.
Menurut JIM, pemohon perlu membawa kad pengenalan, laporan polis (asal dan salinan) serta pasport asal (sekiranya ada) semasa hadir untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
"Kementerian Dalam Negeri menerusi JIM menawarkan penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir dalam usaha untuk membantu mempermudah urusan mereka yang terkesan," menurut JIM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial