KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di enam negeri yang diramal berlaku hingga esok dan Khamis ini.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda empat daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman selain Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang sehingga esok.
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
Turut dijangka mengalami cuaca sama hingga Khamis di Perak melibatkan kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar, seluruh Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).
Beberapa kawasan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga esok.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu dan menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial