AM > BERITA

GSK Tingkatkan Kesedaran Mengenai Kayap, Risiko Lebih Tinggi Kepada Golongan Berusia

24/12/2024 04:32 PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Kayap, satu penyakit jangkitan virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) iaitu virus sama mengakibatkan cacar air, mempunyai risiko lebih besar kepada golongan berusia, akibat kemerosotan sistem imun seiring dengan peningkatan umur.

GSK Malaysia (GSK) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu disebabkan VZV dorman yang berada dalam sistem saraf bagi individu berumur 50 tahun ke atas, boleh aktif semula akibat peningkatan usia, dan lebih 90 peratus orang dewasa dalam kumpulan yang sama adalah pembawa virus itu.

“Apabila usia meningkat, sel dalam sistem imun kehilangan keupayaan untuk bertindak balas dengan berkesan terhadap jangkitan dan meningkatkan risiko untuk kayap merebak.

“Kayap biasanya muncul sebagai ruam, dengan lepuh menyakitkan, meletus dalam jalur yang melingkari sebelah kiri atau kanan badan, pada sepanjang laluan saraf yang boleh merebak ke leher, muka atau kadangkala sekitar mata, dengan kesakitan yang sering digambarkan sebagai tidak selesa, terbakar, ditikam atau seperti renjatan,” menurut kenyataan itu.

GSK Malaysia memaklumkan kesakitan yang dialami mungkin mengganggu aktiviti harian seperti ketika hendak memakai pakaian, berjalan dan tidur, serta menyebabkan seseorang mengalami post-herpetic neuralgia (PHN), sakit saraf yang berpanjangan selepas menghidap kayap.

PHN ialah komplikasi kayap paling kerap, berlaku kepada sehingga 30 peratus kes kayap dewasa bergantung kepada usia, dengan kesakitan boleh berlarutan daripada sekurang-kurangnya tiga bulan sehingga beberapa tahun.

“Komplikasi lain yang mungkin berlaku akibat PHN termasuk parut, komplikasi dengan penglihatan (jika ruam muncul sekitar mata) dan kelemahan separa atau lumpuh di kawasan terkesan oleh saraf yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu, GSK menasihatkan orang ramai untuk berbincang dengan doktor mengenai cara-cara untuk mencegah kayap dewasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://gsk.me/stopshingles_my.

-- BERNAMA

NP-MY-HZU-ADVR-240002 12/24 Program pendidikan ini dibawa oleh GSK.

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.

Simptom kayap bagi setiap individu adalah berbeza. Artikel ini mengandungi kenyataan dan penerangan yang unik untuk individu tertentu dan mungkin tidak menggambarkan pengalaman setiap pesakit mengenai kayap.

Maklumat ini bersifat umum dan tidak menggantikan nasihat daripada profesional kesihatan. Seperti mana-mana keadaan perubatan, sentiasa dapatkan nasihat kesihatan daripada profesional kesihatan yang berkelayakan.

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan