KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melanjutkan tempoh operasi dari 10 pagi hingga 7 malam bermula 2 Jan tahun depan, berbanding hingga 5 petang ketika ini.
Timbalan Ketua Pengarah PNM Edy Irwan Zulkafli dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi baharu itu turut melibatkan Perpustakaan Komuniti PNM di Perpustakaan Awam Bukit Damansara, Buku2U@Radia Bukit Jelutong serta pusat beli-belah AEON Mahkota Cheras dan AEON AU2 Setiawangsa.
Beliau berkata Anjung Bestari PNM juga bakal beroperasi semula pada masa sama setiap Selasa hingga Ahad.
“Bersempena dengan pembukaan semula Anjung Bestari PNM, 100 pengunjung terawal akan menerima cenderamata eksklusif daripada PNM.
“PNM mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial