NEW YORK, 28 Dis (Bernama-dpa) -- Juara bertahan Magnus Carlsen telah mencetuskan skandal di Kejohanan Catur Pantas Dunia di New York akibat pilihan seluarnya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Selepas dikenakan hukuman oleh persekutuan dunia FIDE kerana melanggar kod pakaian kejohanan, pemain catur Norway berusia 34 tahun itu mengumumkan pengunduran segera.
"Jika ini yang mereka mahu lakukan, saya mungkin akan pergi ke tempat yang lebih menyenangkan," kata Carlsen.
Pemain catur nombor satu dunia itu tiba untuk perlawanan pada Jumaat dengan memakai jeans, yang peserta tidak dibenarkan memakai seluar jeans. Selepas perlawanan kedua hari itu, Carlsen dikenakan denda US$200 oleh FIDE dan diberi ultimatum untuk menukar pakaian segera. Carlsen enggan dan kemudiannya hilang kelayakan untuk pusingan kesembilan.
Carlsen kemudiannya menolak untuk meneruskan baki pusingan dalam kejohanan itu.
"Hari ini, Tuan Magnus Carlsen telah melanggar kod pakaian dengan memakai jeans, yang secara jelas diharamkan mengikut peraturan yang telah lama ditetapkan untuk acara ini," kata Persekutuan Catur Dunia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Jumaat.
"Peraturan ini telah ada selama bertahun-tahun dan diketahui oleh semua peserta serta diberitahu kepada mereka sebelum setiap acara."
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial