AM > BERITA

Empat Permit Hiburan Dikeluarkan Di Kelantan Bagi Sambutan Tahun Baharu 2025

29/12/2024 06:40 PM

KOTA BHARU, 29 Dis (Bernama) -- Sebanyak empat permit hiburan Malam Tahun Baharu 2015 dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan Hilmi Abdullah berkata empat permit tersebut ialah di Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat.

“Satu permit dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena Monsoon Food Festival di Asian Village, Tunjong.

“Dua permit dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tanah Merah bagi aktiviti dikir barat iaitu di Dataran Muhibbah Taman Barakah dan Jambatan Guillemard,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hilmi berkata satu lagi permit dikeluarkan Majlis Daerah Tumpat bagi persembahan nyanyian di Wat Machimaram di Kampung Jubakar Darat.

Beliau berkata pihak penganjur yang terlibat diharap sentiasa mematuhi syarat-syarat ditetapkan dan diminta jangan sesekali melanggar syarat permit yang dikeluarkan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan