AM > BERITA

Bangkai Penyu Agar Ditemukan Terdampar Di Pantai Seberang Takir

04/01/2025 01:15 PM

KUALA NERUS, 4 Jan (Bernama) -- Satu bangkai penyu agar dianggarkan seberat 60 kilogram ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir, di sini pagi tadi.

Bangkai penyu yang hampir reput itu dijumpai seorang peserta Program Pembersihan Pantai Monsun Terengganu 2024 pada 8.30 pagi.

Adnan Ali, 50, kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berkata beliau sedang menjalankan aktiviti mengutip sampah sebelum ternampak objek besar berwarna hitam dihanyutkan ombak ke tepi pantai.

"Selepas diteliti saya dapati objek terbabit ialah bangkai penyu agar dengan cengkerang terbelah, kaki dan perut yang mula mereput.

"Berdasarkan keadaan bangkai dan bau, saya percaya penyu itu sudah mati lebih seminggu dan kemungkinan besar terkena pukat tunda," katanya ketika ditemui di pantai itu.

Adnan berkata beliau telah melaporkan perkara berkenaan kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan