AM > BERITA

Imigresen Kelantan Tahan Sembilan Pendatang Asing

13/01/2025 02:55 PM

KOTA BHARU, 13 Jan (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kelantan menahan sembilan pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini Jumaat lepas.

Pengarah Imigresen Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata kesemua pendatang itu ditahan di sekitar laluan Kok Lanas-Ketereh dalam operasi yang turut melibatkan penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh.

Beliau berkata pendatang yang ditahan itu membabitkan empat warga Thailand termasuk dua wanita dan lima lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan antara 22 hingga 48 tahun.

"Kesemua pendatang ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu meminta orang awam menyalurkan maklumat berkaitan pendatang atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan