AM > BERITA

Hujan Dijangka Berterusan Di Sabah, Sarawak Sehingga Khamis - MetMalaysia

28/01/2025 10:35 AM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di dua negeri sehingga Khamis ini (30 Jan).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis manakala Sabah sehingga Rabu (29 Jan).

Di Sarawak, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri) sehingga Khamis.

Sementara Kapit (Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru dan Marudi) diramal menerima hujan berterusan pada tahap waspada.

Kawasan terlibat di Sabah meliputi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat pula dijangka menerima hujan berterusan pada tahap waspada sehingga Rabu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan