AM > BERITA

Barangan Keperluan Asas Mencukupi Di Labuan Walaupun Permintaan Tinggi

05/03/2025 08:31 PM

LABUAN, 5 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak peket dan tepung tetap mencukupi di Labuan meskipun terdapat peningkatan permintaan sepanjang Ramadan.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata setakat ini, tiada aduan diterima daripada pemborong atau peruncit mengenai kekurangan barangan berkenaan.

Junaidah mengakui kebimbangan dibangkitkan peniaga bazar Ramadan mengenai kekurangan bekalan minyak masak beberapa minggu kebelakangan ini, namun menjelaskan pemborong yang belum menerima stok minyak masak peket akan memperolehinya pada minggu kedua Mac.

Beliau juga memaklumkan tiga pemborong utama gula di Labuan telah membekalkan lebih 100,000kg gula kepada pengguna di pulau itu, memastikan tiada masalah dalam memenuhi permintaan.

“Selain itu, penghantaran baru sebanyak 95,040kg gula dijangka tiba sebelum Aidilfitri,” katanya.

Junaidah berkata pejabat KPDN Labuan terus memantau rantaian bekalan untuk memastikan barangan asas kekal tersedia untuk pengguna sepanjang bulan puasa dan musim perayaan akan datang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan