AM > BERITA

PGA Ulu Kinta Rampas E-waste Bernilai Lebih RM100 Juta Di Pulau Pinang

08/03/2025 10:10 AM

IPOH, 8 Mac (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta menahan tiga individu termasuk dua warga Myammar di sebuah kilang di Simpang Ampat, Pulau Pinang tiga hari lepas, yang dipercayai menjalankan aktiviti kitar semula sisa elektronik (e-waste) tanpa lesen dengan nilai rampasan RM106.7 juta.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta SAC Shahrum Hashim berkata hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut telah beroperasi tanpa sebarang lesen mahupun surat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), serta menggajikan dua pekerja warga asing termasuk seorang wanita yang tidak memiliki dokumen yang sah.

Beliau berkata antara yang dirampas adalah sisa e-wasta yang dianggar bernilai RM60.5 juta, bijih besi kira-kira RM2.5 juta, pelbagai mesin sekitar RM43 juta, serta jentera berkaitan yang dianggarkan RM750,000.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bersama Seksyen 18 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya dalam kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan