AM > BERITA

Usahawan Wanita Sabah Pelihara Warisan Menerusi Platform TikTok Shop

08/03/2025 05:57 PM

KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) -- Menerusi platform TikTok, tiga usahawan wanita hebat dari Sabah bukan sekadar menawarkan produk mereka semata-mata kepada pelanggan, malah mereka juga membawa orang ramai untuk berkongsi keajaiban warisan budaya negeri di bawah bayu itu, seni krafnya, serta keindahan khazanah alam semula jadinya.

Mereka berjaya membina jenama tersendiri dengan membawa kisah-kisah menarik yang menyentuh sanubari khalayak ramai, di samping berjaya mengatasi pelbagai halangan - sama ada yang berkaitan sumber, geografi, atau dalam aspek masyarakat, dan mengimbangi kehidupan peribadi dengan tuntutan e-dagang, dan pada masa yang sama memanfaatkan fleksibiliti platform digital.

TikTok Malaysia dalam kenyataan kepada Bernama berkata dengan pelancaran TikTok Shop LIVE Hub di Penampang, Sabah baru-baru ini, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan kini boleh mengikut jejak langkah usahawan wanita ini untuk membina perniagaan yang berkembang maju dalam talian, menyediakan akses kepada pelbagai bentuk peralatan dan bantuan sokongan.

Usahawan TikTok Shop Ruhie Rue membawa perniagaan RAAnya, untuk berkongsi keindahan mutiara dari Sabah dengan orang ramai, menerusi paparan kandungan yang cukup menawan serta penampilan sesi penstriman langsung.

Beliau yang menyedari potensi hebat platform digital sejak awal lagi, sudah lama menjangka ketibaan e-dagang di Malaysia, dan sebagai salah seorang pengguna awal TikTok Shop, beliau berjaya mengembangkan perniagaan mutiaranya yang berpangkalan di Sabah untuk mencapai akses kepada pelanggan di seluruh negara.

Hari ini beliau telah berjaya memasarkan kira-kira 40,000 produknya dan diiktiraf sebagai ‘Star Shop’ di platform berkenaan, yang merupakan lencana eksklusif di TikTok Shop sebagai pengiktirafan terhadap prestasi luar biasa, namun kejayaannya itu bukan hanya diukur menerusi angka jualan.

Beliau lebih mengutamakan keterlibatan dan kisah-kisah kejayaan komuniti, di samping membuktikan bahawa keaslian dan hubungan luhur, menyentuh sanubari khalayak ramai dalam talian, dan perjalanannya turut menyerlahkan bagaimana platform digital boleh memecahkan tembok halangan dan membina komuniti di sekeliling minat yang dikongsi bersama.

Seorang lagi usahawan muda Sabah, Elysiana Jemaslin turut menerima lencana Star Shop eksklusif di platform TikTok Shop, sebagai pengiktirafan kepada prestasi dan kejayaannya yang cemerlang.

Sebagai guru seni sepenuh masa, Elysiana dalam misi untuk mengekalkan warisan budaya Malaysia Timur dan menjadikan ia mudah diakses oleh budaya khalayak moden, dengan menggabungkan reka bentuk warisan ke dalam jersi yang bergaya. Ia menampilkan motif seperti vinusak, corak linongkitan rungus, pua kumbu Sarawak, dan tatu Iban Sarawak, yang masing-masing menonjolkan kepentingan warisan sejarah dan budaya yang mendalam.

Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menjana lebih sedikit wang saku sebagai pelajar universiti, ia kemudiannya berubah menjadi usaha menjana pendapatan jutaan ringgit kepada beliau, yang turut memberi nafas baharu kepada motif tradisional Sabah dan Sarawak.

Minatnya bermula sejak di universiti, apabila beliau meneroka falsafah di sebalik motif tradisional dan kepentingan budayanya, yang menyemarakkan semangat beliau untuk berkongsi dan mendidik orang ramai mengenai maknanya yang lebih mendalam.

Melalui inovasi, beliau memastikan sebahagian daripada warisan seni Malaysia terus diraikan melalui TikTok Shop, terutama menerusi kandungan yang menarik dan penstriman langsung di platform berkenaan, dan beliau telah melebarkan jangkauan perniagaannya ke luar Sabah dan Sarawak, membina rangkaian pelanggan setia di seluruh negara.

Sementara itu pengasas LJD Corporation Saila yang berhijrah daripada wartawan kepada aktivis dan pejuang alam sekitar, kini berusaha mengubah barangan plastik terbuang kepada produk pelancongan yang cantik dan mampan.

Menjengah tapak pelupusan Kayu Madang yang bertimbun dan menyesakkan itu, Saila tahu beliau perlu bertindak melakukan sesuatu sebelum landskap indah Sabah terus tertimbus di bawah sisa-sisa plastik.

Kegigihan Saila itu bukan sahaja berjaya mencipta peluang pekerjaan, malah juga memupuk kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar; dan platform e-dagang seperti TikTok Shop adalah platform utama yang dapat memperkasakan Saila untuk meningkatkan impaknya melangkaui Sabah, meningkatkan perniagaan dan pergerakan.

Kisah beliau adalah bukti bagaimana perniagaan boleh menjadi wadah yang berkuasa untuk membawa perubahan sosial dan alam sekitar, apabila perdagangan digital terus berkembang, usahawan wanita generasi akan datang bukan sahaja akan membina perniagaan tetapi mentakrifkan semula cara perniagaan berkembang dalam talian, didorong oleh tujuan, budaya dan inovasi.

Pada Hari Wanita Antarabangsa ini, sambutannya bukan sahaja melibatkan kelompok wanita yang meneraju perubahan hari ini, tetapi juga merangkumi mereka yang memacu tindakan untuk hari esok.

 

(Penafian: Ini adalah advertorial berbayar. Bernama tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan dan pendapat yang terdapat dalam artikel ini).

 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan