AM > BERITA

Keyfield Bawa Keceriaan Aidilfitri kepada Penduduk Flat Sri Kelantan

17/03/2025 09:30 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Dalam semangat membuat amal kebajikan dan belas kasihan sempena bulan suci Ramadan, Keyfield International Berhad (Keyfield) menghulurkan bantuan kepada warga kota kurang berkemampuan yang tinggal di Flat Sri Kelantan, Sentul di sini sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan itu.

Keyfield dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya dengan murah hati telah menyumbangkan barangan keperluan harian termasuk beras, minyak masak, mi, gula dan keperluan lain kepada kira-kira 300 penduduk perumahan awam berkenaan.

Sebagai tambahan kepada tradisi berkongsi rezeki pada musim perayaan, kumpulan itu juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada penduduk, membawa keceriaan dan kelegaan tambahan dalam tempoh yang cukup istimewa ini.

Berucap pada acara itu, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Keyfield Julannar Abd Kadir berkata sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban penduduk Flat Sri Kelantan sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

“Di Keyfield, kami percaya kejayaan bukan sahaja diukur melalui pencapaian perniagaan atau prestasi kewangan. Ia juga mengenai meningkatkan komuniti, melindungi alam sekitar dan memupuk pertumbuhan yang inklusif.

“Berpandukan nilai teras kami R.I.C.H. (Hormat, Integriti, Bersyukur dan Perikemanusiaan) dan moto CSR kami ‘Keriangan Berkongsi’, kami telah menerapkan tanggungjawab sosial dalam budaya syarikat kami,” katanya.

Selain daripada inisiatif berkenaan, Keyfield juga terlibat dalam pelbagai aktiviti CSR di seluruh negara sepanjang tahun termasuk ‘Program Kembara Ramadan’, dengan kumpulan itu bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menaja Sistem Penapis Air EZ untuk keluarga Orang Asli di Negeri Sembilan.

Inisiatif lain termasuk program Kembali ke Sekolah di Dungun, Terengganu yang meyediakan pelajar kurang berkemampuan dengan alat kelengkapan sekolah untuk membantu mereka memulakan sesi akademik dengan yakin.

Semalam, 36 anak yatim dan asnaf diberi peluang merasai pengalaman membeli baju raya di Kota Kinabalu, tepat pada masanya untuk sambutan perayaan yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti CSR Keyfield, sila layari https://keyfieldoffshore.com/csr/ atau ikuti media sosial Keyfield di Facebook dan LinkedIn.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan