AM > BERITA

JPNIN Tawar Khidmat Sokongan Kepada Elijah, Semua Pihak Diharap Beri Ruang

19/03/2025 07:07 PM

JOHOR BAHRU, 19 Mac (Bernama) -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersedia menawarkan khidmat sokongan kepada mangsa insiden yang ditampar warga emas di Angsana Mall, di sini, Ahad lepas.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata Pengarah JPNIN telah berjumpa dengan mangsa Elijah Ling Zhao Zhong, 22, dan pihak JPNIN dimaklumkan beliau memerlukan ‘privacy’ (tidak diganggu).

“Oleh itu, saya memohon agar semua pihak (wakil rakyat, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat memberikan kerjasama dalam hal ini dengan memberikan ruang kepada beliau.

“Saya berharap agar semua rakyat Malaysia dapat sentiasa mengutamakan dan mengamalkan sikap saling hormat-menghormati dalam kehidupan seharian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan