AM > BERITA

Melaka Komited Jaga Kebajikan Rakyat Terutama Ketika Ramadan

19/03/2025 09:58 PM

MELAKA, 19 Mac (Bernama) -- Kerajaan Melaka sentiasa komited dalam menjaga kebajikan rakyat di negeri ini lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata bantuan dan sumbangan yang diberikan itu ialah manifestasi keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan setiap rakyat di negeri itu menerima bantuan selayaknya tanpa ada yang tercicir.

"Seperti pada majlis hari ini kita meraikan sebanyak 150 penerima sumbangan yang terdiri daripada lima Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telok Mas, Banda Hilir, Duyong, Kesidang dan Kota Laksamana dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,000 berserta kit Ramadan. 

"Selain itu kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) juga memperuntukkan sebanyak RM378,000 bagi sumbangan Ihya' Ramadan dan utiliti kepada 24 masjid serta 102 surau kariah dalam Parlimen Kota Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Kota Melaka yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman di Masjid Al Aziz, Pernu di sini hari ini.

Ab Rauf berkata ia turut merangkumi sumbangan sekali beri kepada ahli jawatankuasa masjid, pengurusan jenazah wanita dan penggali kubur.

Malah katanya imam, bilal dan noja di semua masjid di Parlimen Kota Melaka turut menerima sumbangan sekali beri sebanyak RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM48,000 di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan dan akan disalurkan ke akaun masing-masing. 

"Saya juga berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan mereka sepanjang menjalani bulan Ramadan dan sebagai persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan