AM > BERITA

IJM Lapor Dakwaan Palsu Kepada MCMC

20/03/2025 04:29 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- IJM Corporation Bhd membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sesuai jika perlu untuk melindungi reputasi syarikat itu.

Laporan itu dibuat berhubung dakwaan palsu dan berniat jahat yang tersebar dalam talian berhubung syarikat dan barisan pemimpin.

Dalam kenyataan hari ini syarikat itu memaklumkan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) adalah tender terbuka dan kompetitif, dengan penyertaan banyak kontraktor utama Malaysia dan syarikat asing.

“Proses tender telah dijalankan secara telus, dan sebarang dakwaan mengenai pengaruh yang tidak wajar adalah palsu sama sekali dan mengelirukan.

“Tambahan pula, projek itu ditangguhkan oleh kerajaan dan proses tender telah dibatalkan,” katanya.

Sebaliknya, IJM menjelaskan bahawa dakwaan mengenai peletakan jawatan bekas ketua pegawai eksekutif adalah tidak benar, sebaliknya beliau memilih untuk bersara awal dengan persetujuan lembaga pengarah dan sumbangan dihargai.

“IJM kekal kukuh dari segi operasi dan asas perniagaan syarikat tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan