SIBU, 21 Mac (Bernama) -- Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kanowit, Song dan Kapit susulan banjir.
SEB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terjejas di Kanowit ialah Rumah Pam Rawatan Air Kanowit, sebahagian Nanga Poi, Rumah Nyalong dan Sungai Baloh.
Di Song membabitkan antaranya Sungai Embuau, Sungai Manap, Sungai Song, Lubok Engkabang, Sungai Selibut, Nanga Kebiaw, Sungai Lijau, Temalat dan Kampung Rian.
“Di Kapit, gangguan bekalan elektrik menjejaskan Sungai Sibau Ulu, Nanga Tulie, Nanga Baleh, Pulau Pisang dan Kampung Muhibbah Bleteh.
“Bekalan elektrik akan dipulihkan setelah banjir surut. Bagi mengelak potensi bahaya elektrik seperti kebakaran atau kejutan elektrik, stesen-stesen janakuasa di kawasan yang dilanda banjir perlu diperiksa dan dikendalikan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.
SEB menghargai kerjasama pengguna atas kesabaran mereka menghadapi situasi sukar ini.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 24/7 SEB menerusi 1300-88-3111 atau aplikasi SEB Cares.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial