KOTA KINABALU, 23 Mac (Bernama) -- Talian penghantaran elektrik 275 kilovolt (kV) Segaliud-Dam bakal dimula tugas pada pertengahan bulan April ini, yang akan meningkatkan dapat meningkatkan penghantaran tenaga daripada 200 megawatt (MW) kepada 400MW secara harian ke Pantai Timur Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Mohd Yaakob Jaafar berkata kerja-kerja akhir untuk menaik taraf talian tersebut sedang dilaksanakan bermula 22 Mac sehingga 29 Mac 2025.
Beliau berkata projek ini akan membolehkan penyaluran lebih banyak kapasiti tenaga yang lebih murah daripada stesen janakuasa di Pantai Barat Sabah ke Pantai Timur Sabah.
“Sabah Electricity menyasarkan kerja-kerja itu akan disiapkan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan bekalan kepada pengguna tidak terganggu.
“Ia juga untuk memastikan bekalan sentiasa dalam keadaan terbaik dan stabil bagi menampung beban sepanjang musim perayaan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Yaakob berkata usaha ini seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada sumber penjanaan berasaskan diesel dan MFO yang agak mahal dan memerlukan tanggungan subsidi yang sangat tinggi daripada pihak kerajaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial