AM > BERITA

Banjir Di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi Pulih

25/03/2025 05:23 PM

JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Tiga daerah yang dilanda banjir di Johor telah pulih dengan jumlah mangsa kini berkurangan kepada 909 orang setakat 4 petang ini berbanding 1,853 direkodkan pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa di Johor Bahru, Kluang dan Kota Tinggi telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah air surut dan keadaan di kawasan berkenaan didapati selamat.

"Kesemua mangsa daripada 274 keluarga pula masih berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif di dua daerah terjejas.

"Batu Pahat mencatatkan 617 daripada 191 keluarga, manakala Pontian pula dengan 292 mangsa daripada 83 keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azmi, keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah kecuali Batu Pahat yang dijangka mendung, petang ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan