JOHOR BAHRU, 29 Mac (Bernama) -- Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Batu Pahat ditutup pada 6 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading sebelum ini menempatkan 140 mangsa daripada 44 keluarga.
“Kesemua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Baharu, Batu Pahat dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan kediaman masing-masing didapati selamat.
“Bagaimanapun, Jabatan Metereologi telah mengeluarkan amaran ribut petir di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.24 meter.
Sejak 19 Mac lepas banjir di Johor menjejaskan enam daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat dengan jumlah mangsa melebihi 13,000 orang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial