KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah di Johor Bahru hari ini bagi menziarahi pusara keluarga diraja.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkesempatan membaca Yassin serta meletakkan bunga dan menyiram air mawar di pusara Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim (Tunku Laksamana Johor) dan Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.
Sebagai tanda kenangan, Raja Permaisuri Agong turut mengenakan cincin milik Almarhum Tunku Abdul Jalil ketika menziarahi makam putera Seri Paduka Baginda itu.
“Cincin ini satu-satunya yang pernah Almarhum Tunku Laksamana pakai dahulu dan saya simpannya sehingga sekarang,” titah Raja Zarith Sofiah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial